23 December 2008

Trainz Simulator 2009

Inilah permainan simulator utama penulis sepanjang mengenali games Trainz ini selain daripada siri pelbagai - Command & Conquer dan Microsoft Train Simulator.Penulis mula bermain dari siri UTC pada tahun 2002 sehinggalah kepada Trainz Railroad Simulator 2006 dan menunggu sehingga kini siri terbaru iaitu TS 2009 Disember ini.


Berikut adalah siri simulator terbitan AURAN sejak 2001.
  1. Trainz version 1.0 (Community Edition) - released in December 2001.
  2. Trainz version 1.1.1 (Retail Edition) - released in January 2002.
  3. Ultimate Trainz Collection (UTC ) released in November 2002.
  4. Trainz Railroad Simulator 2004 - released in September 2003.
  5. Trainz Railroad Simulator 2006 - released in September 2005.
  6. Trainz Railroad Simulator 2009 - December 2008.
Pada siri keluaran 2009 ini terdapat 2 versi Trainz Simulator 2009 iaitu :

Trainz Simulator 2009: World Builder Edition of (TS2009) - December 2008
- edisi untuk untuk membina dan operasi simulasi keretapi.

Trainz Simulator 2009: Engineers Edition (TEE) - coming soon 2009
- edisi untuk pemandu lokomotif yang lebih realistik.

Walaubagaimanapun pemasangan (install) kedua-dua siri ini adalah serasi dan saling melengkapkan antara satu sama lain.Sementara itu banyak juga ciri baru yang dibangunkan oleh Auran seperti resolusi tekstur yang lebih baik dan kemas , signalling optimise , menyokong siri sebelum 2009 (99%) dan berbagai lagi , lawat web Trainz di sini.

No comments: