INFO BANGUNAN
Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Lokasi : Jalan Sultan Hisamuddin, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
No. Lot : 36
Hakmilik Bangunan / Tanah : Keretapi Tanah Melayu Berhad / Kerajaan Persekutuan
Tahun Dibina : 1892
Bangunan Ibu Pejabat Keretapi ( Ibu Pejabat KTMB)
Lokasi : Jalan Sultan Hisamuddin, Kuala Lumpur
No. Lot : 13 & 32
Hakmilik Bangunan : Keretapi Tanah Melayu Berhad / Kerajaan Persekutuan
Tahun Dibina : 1910 - 1917
Bangunan Stesen Kuala Lumpur gambar pada tahun 1892 , dikenali sebagai Stesen Residen dengan landasan tunggal. Digelar sebagai Stesen Residen kerana berdekatan dengan kediaman Residen British, ia dibina di seberang Kelab Diraja Selangor ke arah barat.
Stesen Kuala Lumpur (tanpa Ibu Pejabat) sekitar 1914 dengan 4 platform.
Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu adalah merangkumi bangunan stesen, hotel dan pejabat pentadbiran baru yang terletak bersebelahan jalan adalah dua bangunan terindah dan mercu tanda Kuala Lumpur. Kedua-duanya dibina dalam zaman kemuncak ketika berlakunya pembangunan pesat dan perubahan teknologi pengangkutan keretapi di Tanah Melayu.
Bangunan ini merupakan stesen ketiga di Kuala Lumpur dan kedua di tapak sama. Ini kerana stesen terawal (dirasmikan antara 15 atau 22 September 1886) yang dikenali sebagai 'Kuala Lumpur'. Ia merupakan sebuah bangunan beratap sementara menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang (Pengkalan Batu) dengan landasan keretapi yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Tanah Melayu.Pembinaan bangunan dan nama stesen di Kuala Lumpur
- 15 September 1886 - Kuala Lumpur (Terminal sementara untuk Selangor Railway)
- 1891 - Stesen Residen, Kuala Lumpur.
- 1892- Stesen Kuala Lumpur pertama.
- 1 June 1893 - Stesen Sultan Street
- 1 March 1895 - Stesen Pudoh (Pudu).
- 1910 Stesen utama Kuala Lumpur ke arah selatan.
Lokasi stesen keretapi (pertama) berada di tapak Station Yard, lot tepi di antara (Market St dan Victory Avenue), yang kini dikenali Leboh Pasar dan Jalan Sultan Hisamuddin. Apabila landasan ke utara dibina ia dicawangkan (branched) dengan laluan Kuala Lumpur - Bukit Kuda di selatan bangunan stesen yang pertama di mana Stesen Residen pula dibina antara landasan yang baru ini.

Asalnya, bangunan stesen mengandungi tiga platform. Berkonsep ringkas dan terbuka dengan ruang legar yang luas berbumbung selari dengan platform, ruang pejabat dan hotel terletak di tingkat mezanin dan tingkat satu. Kontrak pembinaan telah di tawarkan kepada Archie and Phillip Russell Company dalam tahun 1910.
Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang baru ini memulakan perkhidmatannya mulai 1 Julai 1911, manakala sebahagian Station Hotel mula di gunakan pada 11 Ogos 1911. Pada 1 November 1911, pejabat tempahan tiket yang baru di buka di platform No. 4. Kos pembinaan stesen, hotel dan beberapa bangunan tambahan kemudian, dalam tahun 1915 memakan belanja sebanyak sebanyak $1,000,669.



Stesen Jalan Sultan (bahasa Inggeris Sultan Street Station) pula dibuka pada 1 Jun 1893 di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan tapak Menara Maybank Hentian Puduraya pada masa kini. Rekaannya adalah berdasarkan Stesen Residen, dan terletak pada laluan keretapi Pudu, sebatang landasan baru yang dicawang dari stesen 1910 itu, menghubungkan lombong-lombong di Ampang ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian awal landasan mengampiri stesen terletak di antara dua jalan Foch Avenue, memotong di sebelah kanan bandar ini.
Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan stesen Kuala Lumpur yang baru siap. Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh suatu yang lebih kecil apabila landasan di Foch Avenue dibuka untuk laluan lalu lintas, dan dirobohkan selepas 1960. Sebahagian laluannya digunakan semula oleh LRT Ampang.
Bangunan yang terletak di sudut tepi (Venning Road dan Victory Avenue) kemudian Jalan Perdana dan Jalan Sultan Hisamuddin di lot 13, 14 dan 23 ini pada asalnya dibina sebagai Ibu Pejabat Baru Pentadbiran Keretapi F. M. S Railway Administration Headquarters di bawah perancangan C.E Spooner selaku pengarah PWD kemudian Pengurus Besar F. M. S Railway dari 1901 - 1909.
Penyediaan pelan mula dirangka dalam tahun 1913 dan tender dikeluarkan pada 14hb. Mei 1914 dengan anggaran awal sebanyak $508,000 (Dolar Negeri Selat). Pembinaan ditawarkan kepada kontraktor Ang Seng bermula dalam tahun 1914, namun tergendala disebabkan Perang Dunia Pertama (1914-1918). Akhirnya setelah siap dalam bulan November 1917, kos sebenar meningkat hingga mencapai $780,422 (Dolar Negeri Selat).
Setelah siap, senibina Bangunan Baru Pentadbiran Keretapi F.M.S.R kini dikenali sebagai Bangunan Ibu Pejabat Keretapi (KTMB) dianggap sebagai komplimen kepada Bangunan Stesen Keretapi yang terletak bertentangan jalan sekaligus menggambarkan kemuncak pembangunan sejarah Keretapi di Tanah Melayu.

Dalam lipatan sejarah bangunan ini, ia mengalami dua kali kerosakan besar. Pertama bahagian sayap utara musnah terkena bom semasa Perang Dunia Kedua. Kemudian, pada 14 November 1968, bahagian yang sama di tingkat kedua musnah akibat kebakaran.
Sebagai salah satu di antara bangunan terindah rekaan A. B. Hubback , bangunan ini memperlihatkan perkembangan reka bentuk dan nilai estetika melalui kepelbagaian ragam hiasnya seperti penggunaan berulang gerbang besar Gothe dan kecil dengan disulam beranda di tingkat bawah, tingkat satu dan dua, serta tingkap besar dan kubah dengan tiang tegak terpintal entwined column yang terletak di empat penjuru bangunan.
Tahukah Anda ?

Landasan Keretapi Kawasan Tengah (Central Region) Mengikut Peta 1921

- Stesen Kuala Lumpur - Stesen Batu Junction - Stesen Batu Caves (Perkhidmatan Komuter)
- Stesen Kuala Lumpur - Stesen Batu Junction - Ampang (Telah di bongkah)
- Stesen Kuala Lumpur - Stesen Salak South Junction - Stesen Sultan Street (Telah di bongkah)
- Stesen Kuala Lumpur - Port Swettenham @ Stesen Pelabuhan Kelang (Perkhidmatan Komuter dan Freight)
- Stesen Kuala Lumpur - Connaught Bridge Junction - Kuala Selangor (Telah di bongkah)
- Stesen Kuala Lumpur - Stesen Kuang - Stesen Batang Berjuntai (Telah di bongkah)
- Stesen Kuala Lumpur - Bersambung dengan landasan utama ke Utara
- Stesen Kuala Lumpur - Bersambung dengan landasan utama ke Selatan
Kemaskini pada 2.12.2009.
3 comments:
valuable info..keep it up bro~!
cool!! I love the old pitures, i guess they're very rare. Cheers!!
I am confuse.
The present station building and station hotel was built in 1892 or 1910?
Post a Comment