26 January 2009

F.M.S.R - Tampin - Melaka Railway Line

Perhatikan peta 'Melaka Town Railway 1936' terdapat terminal keretapi berhampiran Bandar Melaka
  • Landasan dibuka pada : 1st December 1905
  • Pembukaan rasmi : -
  • Pembiayaan : -
  • Status : sudah dibongkah semasa pendudukan Jepun
  • Panjang landasan : 35.4km


Stesen / Perhentian (Halt)
Tampin 0.0 Km - TANJONG RIMAU 6.4 Km - GADEK 8.1 Km - ALOR GAJAH 12.9 Km - MELAKA PINDAH 14.5 Km - BELIMBING 19.3 Km - BELIMBING DALAM 20.9 Km - DURIAN TUNGGAL 24.1 Km - BATU BERENDAM 29.0 Km - MELAKA 35.4 Km.

Gambar berhampiran Stesen Tampin (arah selatan) menunjukkan laluan (junction) ke Bandar Melaka sebelah kanan

Signboard ini saja yang tinggal di Alor Gajah - Melaka

Stesen KTMB Pulau Sebang/Tampin terletak antara Stesen Seremban dan Gemas Negeri Sembilan. Mengikut sejarah, landasan kereta api dari Seremban ke Pulau Sebang telah siap dibina pada tahun 1905 , pada masa yang sama juga landasan dari Pulau Sebang ke Bandar Melaka juga siap dibina. Tidak lama selepas itu satu stesen kecil dibina dan dinamakan Stesen Pulau Sebang.


Nama asal Stesen Tampin pada signboard sebelum......di tukar dengan nama Tampin/Pulau Sebang

Walaubagaimanapun pembangunan pesat bandar Tampin yang berjiran dengan Pulau Sebang telah menyebabkan pihak British pada ketika itu menukar nama stesen Pulau Sebang kepada Tampin walaupun kedudukan stesen itu dalam kawasan Melaka. Semasa pendudukan Jepun landasan laluan Melaka ini telah dibongkar tentera Jepun untuk membina landasan kereta api maut di Burma.

Suasana Stesen Melaka satu ketika dahulu

Projek landasan berkembar elektrik dari Seremban ke Gemas akan melalui 28 kilometer dalam Negeri Melaka. Stesen KTMB Pulau Sebang/Tampin sekarang akan dipindahkan beberapa meter ke arah selatan dan akan dilengkapi stesen KTMB Pulau Sebang yang moden, perhentian bas dan teksi Pulau Sebang, Melaka. Apabila siap projek ini pengangkutan awam di sini akan dikenali sebagai Sebang Sentral. Kerajaan Negeri Melaka mahukan stesen yang baru ini tidak lagi dibayangi dengan nama Tampin, sebaliknya pengguna mengetahui stesen KTMB yang baru ini dalam daerah Alor Gajah, Melaka dan bukan Tampin Negeri Sembilan.

* FMSR - Federated Malay States Railway sebelum nama KTMB.
Gambar daripada : KTMRFC

11 comments:

forexwatch said...

Very Informative. I never know the existence of the Tampin - Melaka line.

travel_with_love said...

a very cool blog. It's surely broaden people's knowledge. Thanks for sharing!

mapetm said...

Thanks anyway ..

arikbaek said...

nak tanya camne nak cri blik eh track rail melaka ni sebab saya cube cari hari tuh tak jumpe.. n mana kat mana lokasi signboard stesen alor gajah tuh sebab tak pernah nampak kat alor gajah..

arikbaek said...

nak tanya camne nak cri blik eh track rail melaka ni sebab saya cube cari hari tuh tak jumpe.. n mana kat mana lokasi signboard stesen alor gajah tuh sebab tak pernah nampak kat alor gajah..

ammel said...

Kalau nak tahu dekat mana bekas landasan keretapi Melaka bermula dekat bas stand ekpres lama tu(Belakang Ocean) dan stesen keretapi Melaka teletak di belakang CIMB bank sekarang. landasan itu terus arah utara dan ke Bachang dan membelok terus ke arah Batu berendam..(lalu kat kilang ) terus hingga ke tepi airport batu berendam terus ke Gangsa terus ke Durian tunggal Belimbing hingga ke Melaka Pindah terus ke arah Alor Gajah dekat dengan kuil tu dari alor Gajah terus ke gadek (jln dalam) Tanjung Rimau hinggalah ke Arongan sampai lah ke pulau sebang/Tampin sekarang. Untuk maklumat landasan keretapi sudah tiada lagi cuma laluan itu telah ditar menjadi jalan kampung... jambatan keretapi melintasi Sungai jelas kelihatan seperti di gadek, Belimbing, durian Tunggal, Gangsa, batu berendam masih ada lagi...kesemua jalan ini sudah ditarkan menjadi jalan kampung. Manakala stesen keretapi Alor Gajah platform dan papan tanda masih ada lagi, kalau nak tahu dekat Kuil hadapannya ada jalan kampung terus masuk jalan tu (arah Melaka) beberapa meter sahaja sebelah kanan anda akan nampat bekas dan singboard stesen Alor gajah...Ada ura-ura nak dibuka semula jalankeretapi Pulau sebang ke Melaka. KTMB sedang membuat kajian serius tentang projek ini. Jika diluluskan oleh kerajaan pusat,pembinaannya akan dimulakan dalam Rancangan Malaysia ke-10. cadangan stesen KTM setakat batu Berendam. tetapi kerajaan negeri Melaka lebih suka jika disambung sehingga Melaka sentral. Jika stesen itu di Melaka sentral lokasinya ialah dekat taman perumahan di sebelah trafik light dekat Courtmamoth tu stesen KTM. Khabarnya....

arikbaek said...

interesting betul information nih.. thanks a lot! patut le aku cari tak pernah jumpe rupenye dah byk kene turap jdi jalan.. kalau jadi project keretapi ke mealaka ni senang le nanti tak yah ngadap traffis light byk kat melaka tuh..hehe.. hurm kuil tu yang tepi sungai tu ke menghala ke roundabout ke melaka pindah n seri pengkalan?

Penjojak Nerako said...

Bisa rujuk pada laman sesawang ini untuk info dari segi pictorial...
http://keretapi.mymalaya.com/categories.php?cat_id=128

arikbaek said...

thanks Penjojak Nerako for the info.. its really helps.. tq :D

Anonymous said...

tak pun, cube tengok kat WIKIMAPIA. disitu telah saya tandakan laluan asal railway line ea sehingga ke bandar melaka.

sp 12 said...

Stesen lama alor gajah terletak di seberang jalan kuil,dekat dengan sekolah teknik pengkalan.jalan besar tak nampak,Mesti nak masuk jalan kecil yang di seberang kuil itu.