03 January 2009

Kemalangan Di Kuala Lentang

Sebenarnya saya 'miss' berita daripada TV3 semalam , kejadian berlaku berpunca dari kejadian tanah runtuh di KM 208.75 di antara Krambit – Kuala Lipis, Pahang pada jam 4.35 pagi hari ini (2 Januari 2009) alamak sedihnya.

Insiden tersebut telah turut mengakibatkan kegelinciran tren Ekspres Wau (Kuala Lumpur – Tumpat) yang kebetulan melalui tempat kejadian. Kesemua 600 penumpang yang terkandas telah dipindahkan dari lokasi kejadian ke Stesen Kuala Lipis sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren ke Tumpat, Kelantan.


Gambar sedutan dari Buletin Utama TV3 (Klik gambar untuk lebih jelas)

Berikutan insiden tanah runtuh ini, beberapa perkhidmatan lain di sektor Pantai Timur telah turut mengalami gangguan. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah:

-Ekspres Wau (Tumpat - Kuala Lumpur) - dibatalkan;

-Tren Tempatan No. 84 (Gua Musang – Tumpat) - dibatalkan;

-Ekspres Lambaian Timur (Singapura – Gua Musang)
Tren dihentikan di Stesen Jerantut dan penumpang dipindahkan menggunakan bas ke Stesen Kuala Lipis sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren ke Gua Musang;

-Ekspres Lambaian Timur (Gua Musang – Singapura)
Tren dihentikan di Stesen Kuala Lipis dan penumpang dipindahkan menggunakan bas ke Stesen Jerantut sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren ke Singapura;

-Tren Tempatan No. 92 (Gemas – Gua Musang)
Tren dihentikan di Stesen Jerantut dan penumpang dipindahkan menggunakan bas ke Stesen Kuala Lipis sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren ke Gua Musang;

-Tren Tempatan No.93 (Kuala Lipis – Gemas)
Tren dimulakan dari Stesen Jerantut; dan

-Tren Tempatan No.94 (Gua Musang – Tumpat)
Dijangka akan mengalami kelewatan tiba dan berlepas

KTM Berhad menjangkakan kerja-kerja pengalihan tanah, pembersihan dan pengalihan tren yang tergelincir akan selesai dilaksanakan pada jam 2.00 petang, esok (3 Januari 2009).

Sebarang perkembangan terkini berkaitan insiden ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Gambar dari sumber : KTMRFC

3 comments:

靖江青儿 said...

It seems different countries, different cultures, we really can decide things in the same understanding of the difference!
Personalized Signature:我喜欢淮安掼蛋,靖江青儿,南通长牌,姜堰23张,常州麻将这些地方言游戏

zulaikha said...

knpa bley tjdi kemlgan niy....:(

Fykacutes said...

kesian org yg brda kt dlm sna..sdih