17 March 2009

F.M.S.R - Tapah Road - Teluk Anson Railway Line

Landasan dibuka pada : 6th September 1893
Status : Tidak lagi digunakan
Panjang landasan : 29.1km

Stesyen / Perhentian :
TAPAH ROAD 0.0 Km - CHANGKAT PETAI 5.5 Km - DEGONG 10.4 Km - CHIKUS 13.0 Km - SUNGAI TUKANG SIDIN 16.6 Km - PERMATANG 19.0 Km - SUNGAI KERAWAI 22.2 Km - TELUK INTAN 26.8 Km - TELUK INTAN WHARF 29.1 Km

Pemandangan Stesyen Keretapi Teluk Anson 1964
Gambar daripada blog REMINISCENCE

Landasan Tapah Road - Teluk Anson atau sekarang dikenali sebagai Teluk Intan di Perak, dibuka pada 6 September 1983. Archibald Edward Harbord Anson, adalah Lieutenant Governor Pulau Pinang terakhir membuat pelan bandar ini pada tahun 1882, dan menamakannya sebagai Teluk Anson sempena namanya sendiri. Sebuah pelabuhan yang tidak kurang pentingnya sedikit sebanyak memberi perkembangan bandar khususnya di utara semenanjung ketika itu dan dipanggil “our great Southern Port”.

Walaupun perkhidmatan keretapi di sini telah ditamatkan sejak tahun 1991, sebahagian besar struktur jambatan dan landasan masih boleh di lihat sehingga kini.

Sementara itu, salah satu tragedi bersejarah 1894 diingati berlaku adalah perlanggaran lokomotif dengan gajah.




5 comments:

Xinan a/l Pai Chueng Lang said...

Kebanyakan landasan yang ada di bandar semuanya dah dibongkar. Lintasan rata di jalan persekutuan 58 (Teluk Intan-Hutan Melintang) dan 70 (Kampar-Changkat Jong) kini tiada laie. Jambatan yang melintangi landasan di jalan persekutuan 109 (Teluk Intan-Kpg Gadjah) masih ada tapi landasan keretapi di bawahnya dah takde. Serpihan tinggalan landasan yang masih elok boleh dijumpai di Kampung Sg Kerawai ke atas sebelum tiba di Tapah Road.

Anonymous said...

Bangunan lama quarters KTM for Sungai Tukang Sidin Station masih utuh lagi. Bangunan station dah tiada cuma tinggal tiang signal saja sebagai tanda peninggalan tapak. Harap penduduk kampung dapat selamatkan khazanah ini. Hampir semua landasan tiada.

relbus said...

Yang tinggal jambatan merentangi sg.bidor. Skrg jambatan tersebut utk laluan motor sahaja. penduduk kg bahagia selalu gunakan jambatan ini nak ke teluk intan(kira shortcut le). Ikut jalan lain...jauh

elleooi said...

I don't think the pic is Teluk Anson.More like Pudu station.Anson don't have tall building so close behind and their platform are curved a little.

Bevo said...

Does anyone know who i would contact regarding archive information about personnel who worked for the railways 1890 to 1905?