21 March 2009

Semboyan Keretapi

Kita selalu melihat lampu isyarat di jalan raya apabila memandu kenderaan. Ianya berfungsi untuk mengawal perjalanan dan pergerakan kenderaan supaya lebih teratur dan dapat mengelakkan kesesakan.

Tahukah anda bahawa lampu isyarat juga terdapat dalam sistem persemboyanan keretapi. Fungsinya adalah lebih kurang sama seperti lampu isyarat di jalan raya, cuma terdapat perbezaan dari segi kedudukan warnanya.

Sistem lampu isyarat jalanraya Merah, Kuning dan Hijau

Alat persemboyanan Lampu Rona Keretapi mempunyai tiga warna iaitu hijau, kuning dan merah. Merah membawa maksud berhenti. Kuning, pemandu kereta api tersebut boleh melepasi alat persemboyanan dengan berhati-hati dan bersedia untuk berhenti apabila perlu, manakala hijau pula membawa maksud pemandu boleh meneruskan perjalanan.

Semboyan keretapi terbalik ? Hijau di atas, Kuning dan Merah di bawah

Kedudukan lampu isyarat di jalanraya ialah merah di atas, diikuti kuning dan hijau manakala lampu persemboyanan keretapi pula, hijau di atas, diikuti kuning dan merah. Tujuan lampu merah diletakkan di bawah supaya berkedudukan sama paras dengan kedudukan pemandu tren di dalam lokomotif dan akan memudahkan penglihatan pemandu tren bersedia untuk berhenti apabila lampu merah berfungsi.

Petikan RENTAS Ogos 2006

1 comment:

Penjojak Nerako said...

Wow..! Thanks! Very informative!