20 June 2009

Swing Bridge



Jambatan Putar Prai telah dibina oleh Syarikat Waagner Biro Bruckenbau AG, Austrian dalam tahun 1967 bagi menyambungkan landasan keretapi dari Prai ke Butterworth merentasi Sungai Prai.

Jambatan ini juga dikenali sebagai Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah, Yang di Pertuan Agong Ke Empat pada 14 September 1967.



Jambatan ini dikategorikan sebagai “vertical lift swing bridge” dan panjangnya adalah 74 meter. Ianya digerakkan oleh kuasa elektro hidraulik, dikawal oleh limit switch, valve dan relay. Pengoperasiannya atau pergerakkannya adalah secara automatik yang dikendalikan dari Kabin Prai.

Setiap operasi membuka atau menutup jambatan adalah untuk memberi laluan kepada pengguna melibatkan 5 sekuen lengkap. Penyenggaraan sistem mekanikal dan elektrikal jambatan ini di bawah tanggungjawab Depoh Prai.

No comments: