06 December 2009

KTM Railbus

Perkhidmatan relbas telah dilaksanakan bagi enam laluan iaitu:
  1. Kulai/Singapura/Kulai mulai 27hb Ogos, 1988,
  2. Ipoh/Kuala Lumpur/Ipoh mulai 29hb September, 1988.
  3. Ipoh/Butterworth/Ipoh mulai 26hb Oktober, 1988.
  4. Gemas/Mentakab/Gemas mulai lOhb Disember, 1988.
  5. Pelabuhan Klang/Kuala Lumpur/Sentul mulai 18hb April,1989.
  6. Butterworth/Arau/Butterworth mulai 15hb Mei, 1989.
PERKHIDMATAN RAILBUS
Konsep perkhidmatan railbus diuji semenjak bulan Ogos 1984 di beberapa kawasan di dalam sistem KTM iaitu di antara Johor Baharu dan Singapura, Butterworth dan Alor Star, Butterworth dan Taiping, Gua Musang dan Kuala Lipis/Kuala Krau, Kuala Krai dan Kuala Lipis dan Ipoh dan Butterworth.

Bagi tujuan tersebut (ujian) Railbus yang diguna adalah dipinjamkan oleh Kerajaan British dan Syarikat Ganz-Mavag, Hungary. Sambutan dari orang ramai adalah menggalakkan. Sehingga hari itu lebih kurang 140,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan railbus tersebut.

Mulai 22-4-1985 perkhidmatan ujian railbus tersebut dijalankan di antara laluan Gemas dan Kluang. Perkhidmatan ujian untuk kedua-dua buah railbus tersebut terus diperluaskan ke beberapa destinasi yang lain di dalam sistem KTM untuk menilai sambutan orang ramai dan prestasi teknikal.

Pentadbiran KTM telah pun mengemukakan cadangan kepada agensi-agensi tertentu untuk pertimbangan pembelian 10 set railbus di bawah peruntukan kewangan Rancangan Malaysia Kelima.

Perkhidmatan relbas dahulu telah memberi satu alternatif pengangkutan kepada masyarakat di dalam mengatasi masalah-masalah pengangkutan terutamanya kesesakan jalan raya di kawasan-kawasan mereka.Sejak perkhidmatan relbas dilaksanakan pada tahun 1988, sambutan dari orang ramai pada masa itu adalah begitu menggalakkan. Dari Januari hingga September 1989, seramai 1,178,468 orang penumpang telah menggunakan perkhidmatan ini.

KTM sentiasa berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan pada amnya dan mutu perkhidmatan tren penumpang khususnya.

Relbas di Stesen Tanjung Pagar, Singapura

3 comments:

kaset lama said...

cerita yg menarik. Baru tahu kenapa ktm mengunakan relbus pada masa dulu.

jaraju said...

I remember taking this railbus to Klang from Bukit Badak in the early 90's. Fond memories :)

PJ Gomes said...

This Railbus was a failure because of many reasons. Firstly it had no bogies and the ride was very wobbly and rough. Secondly it had no air conditions and the ventilation system was bad. It was certainly a bad buy. I had two bad experience with my family. One from Ipoh to KL and the other from Ipoh to Butterworth