15 December 2009

Stesen Keretapi Tapah Road

Stesen Keretapi lama Tapah Road
Sumber - http://www.ktmrailwayfan.com

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa Stesen Kereta Api Tapah Road adalah antara stesen kereta api yang tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1880 hingga 1885, laluan kereta api dibuka di Selangor dan Perak seterusnya membuka laluan ke Singapura dan Melaka
.

Sumber - http://www.ktmrailwayfan.com

Di Negeri Perak landasan keretapi yang pertama di bina pada 1885 iaitu menghubungkan Kuala Sepetang (Port Weld) ke Taiping. Perak State Railway telah memainkan peranannya dalam membina jalan-jalan keretapi di negeri Perak. Selepas jalan keretapi Kuala Sepetang Taiping beberapa jalan utama telah dibuka antaranya Taiping -Kamunting (1890), Kamunting - Ulu Sepetang (1892), - Batu Gajah - Ipoh (1893), Kota Baharu - Batu Gajah (1894) dan sebagainya.

Sumber - http://www.ktmrailwayfan.com

Pada hari ini 18 Mei 1893 sebuah lagi stesen keretapi telah dibuka iaitu Tapah Road ke Teluk Intan telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat Sir Cecil Clementi Smith. Satu acara yang gilang-gemilang telah diadakan sempena perasmian stesen berkenaan. Turut hadir di Majlis Perasmian itu ialah Frank Swettenham, Residen Perak. Pada peringkat awal kontrak pembinaan landasan Tapah Road - Teluk Intan telah dibatalkan perancangan kerana halangan-halangan bentuk muka bumi di antara kedua-dua tempat berkenaan.


Landasan Tapah Road (bahagian selatan) pemandangan arah utara 1983
Sumber - http://www.ktmrailwayfan.com

Bagaimanapun dua orang jurutera Perak State Railway iaitu Spence Moss (Jurutera Penasihat Keretapi) dan Jurutera Tempatan Keretapi T. Scott Gardner telah mengambil anisiatif untuk meneruskan pembinaannya. Akhirnya pada hari ini dalam tahun 1893 jalan keretapi Tapah Road - Teluk Intan telah dapat disiapkan.

Setelah terbinanya landasan keretapi ini telah dapat menghubung beberapa landasan lagi dari Tapah Road. Landasan ke Talam telah siap dibina setahun kemudian iaitu pada 1895. Sementara landasan Tapah Road ke Tanjong Malim telah dibina pada 1899 dan Tapah Road - Bidor pada tahun 1902. Landasan Tapah Road - Tanjong Malim telah menyambungkan jalan-jalan keretapi di Perak ke sempadan negeri Selangor. Pembinaan jalan-jalan keretapi telah mendekatkan lagi hubungan penduduk-penduduk dari Utara - Selatan. Perhubungan ini telah meningkatkan lagi kegiatan ekonomi, sosial dan kebudayaan serta menyumbang kepada perkembangan, pertanian dan pembangunan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Gambar daripada - http://travel.nuraina.com/tapah-road-train-station/

Pada bulan Mac 2007, sebuah stesen kereta api yang baru telah dibina di Stesen Kereta Api Tapah Road menggantikan stesen terdahulu. Walau bagaimanapun, bangunan stesen kereta api lama ini masih ada dan kini dijadikan pejabat pentadbiran kereta api seperti Pejabat Polis Bantuan, Hartanah, Semboyan dan Komunikasi Pengurusan Jalan. Sebelum ini terdapat sebuah jambatan kereta api lama menjadi tinggalan sejarah di Stesen Kereta Api Tapah Road. Jambatan ini pernah rosak teruk akibat dibom oleh tentera Jepun yang menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941. Kini, serpihan jambatan itu sudah tidak ada lagi di stesen kereta api berkenaan kerana telah dipindahkan ke Taiping untuk dipamerkan.

Gambar daripada - http://travel.nuraina.com/tapah-road-train-station/

Selain itu, terdapat satu lagi tinggalan sejarah yang masih tersergam kukuh di kawasan stesen ini iaitu sebuah bangunan batu bercat putih yang menjadi tempat petugas stesen kereta api pada masa dahulu mengisi air ke dalam kepala kereta api. Pada waktu itu, kereta api menggunakan arang batu untuk bergerak. Stesen Kereta Api Tapah Road ini berpotensi untuk menjadi pusat pelancongan kerana banyak menyimpan catatan sejarah tersendiri.



2 comments:

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

Thank you very much for the very quick response and nice photos.

Eric said...

Good evening and a happy new year!

I'm actually actively seeking for a client of mine for bloggers (higher weightage on Male bloggers)and I stumbled onto your blog.

Hence I decided to email and see if your kindself will be keen on doing an advertorial for my client.

Do let me know and hope to hear from you soon!

Also, do let me know of your unique visitors/page views per day cos' the rates are very dependent on those stats.

Regards,
Eric Yong

Mail to ericyong77@ericyong77.com or reply to this email also can.