17 January 2010

Perjanjian Pembinaan Landasan Keretapi Johor dengan Inggeris

Tarikh Peristiwa: 11.07.1904

Pada hari ini dalam tahun 1904, satu perjanjian mengenai pembinaan landasan keretapi di Negeri Johor telah ditandatangani di antara Negeri Johor dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu di London. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim telah menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Kerajaan Johor dan Sir Frank Swettenham bagi pihak Kerajaan Inggeris. Hadir sama di upacara itu ialah pembesar-pembesar negeri Johor iaitu Ungku Sulaiman bin Daud, Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak dan Datuk Yahya bin Awaludin.

Perjanjian ini mengandungi 41 perkara yang mengandungi berbagai perkara2 mengenai pembinaan jalan keretapi ini, iaitu dari perkara-perkara interpretasi, syarat-syarat hinggalah ke hal-hal pengawalan dan pentadbiran jalan keretapi tersebut. Di antara beberapa perkara yang dipersetujui adalah seperti berikut:-3

1. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu bertanggungjawab ke atas kerja-kerja mengukur, membina dan melengkapkan jalan keretapi tersebut.

2. Keretapi ini dikenali sebagai 'Keretapi Negeri Johor'.

3. Kerajaan Johor bersetuju menyediakan tanah bagi keperluan- keperluan pembinaan jalan keretapi ini termasuk juga bagi tapak stesyen dan rumah-rumah kediaman pekerja-pekerja keretapi dan juga lain-lain keperluan yang berkaitan dengan pembinaan ini.

4. Pengurusan dan pentadbiran keretapi ini akan diletak di bawah kawalan sebuah lembaga iaitu Board of Control yang mengandungi ahli-ahli terdiri daripada Pengurus Keretapi, seorang yang dilantik oleh Kerajaan Johor, Pengurus Besar Keretapi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan dua orang yang dilantik oleh Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

5. Sekiranya Kerajaan Johor bercadang hendak menjual keretapi tersebut, tawaran pertama hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Dengan pembinaan jalan keretapi tersebut perhubungan di antara Johor dan Negeri-negeri Melayu yang lainnya telah bertambah mudah. Banyak kemudahan kemudahan yang dinikmati oleh Negeri Johor seperti kemudahan membawa pekerja-pekerja ladang getah dan ramai pula rakyat Johor yang berkhidmat dengan keretapi


No comments: