31 May 2010

125 Tahun KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menawarkan 125 pas harian secara percuma selama tujuh hari mulai Selasa ini bagi perkhidmatan komuter sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-125 (1 Jun 2010).

125 keping pas harian itu diberi secara percuma dari 1 hingga 7 Jun ini yang membolehkan pengguna menaiki perkhidmatan KTM komuter ke mana-mana destinasi perkhidmatan komuter tanpa had pada hari berkenaan.

Setiap pas, boleh diambil dalam tempoh mulai pukul 12 tengah hari hingga 2 petang di kaunter khas, aras 1 Stesen Sentral Kuala Lumpur

Sementara itu bagi perkhidmatan tren antara bandar, 125 keping tiket disediakan khusus buat mereka yang berumur 65 tahun keatas bagi perjalanan Kuala Lumpur-Ipoh-Kuala Lumpur pada harga yang ditawarkan RM1.25 sehala, berbanding harga biasa RM12 untuk kelas ekonomi.Bagaimanapun ia adalah hanya bagi perjalanan pada pukul 1 petang dari stesen Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi menghala ke Ipoh, dan tiket-tiket pada harga istimewa ini mula boleh didapati pada hari berkenaan dari pukul 11 pagi di kaunter stesen keretapi Kuala Lumpur.

Bagi perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur pula tiket-tiket istimewa ini khusus hanya bagi perjalanan pada pukul 6 petang, dengan kaunter jualan tiket khas ini mula diagihkan pada pukul 4 petang di stesen Ipoh.


No comments: