02 January 2009

F.M.S.R - Taiping - Port Weld Railway Line

Kuala Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld dinamakan sempena nama seorang Governor, Frederick Weld (Kuala Sepetang adalah nama asal sebelum dinamakan semula). Terletak berhampiran kuala sungai dan berada dalam daerah Taiping di Perak , ia bermula sebagai tempat perkampungan nelayan.

Tujuan utama landasan dibina adalah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Landasan keretapi juga telah memudahkan perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat bekerja.Ia menjadikan Stesen Taiping sebagai stesen keretapi pertama di negara ini.

Landasan dibuka pada : 1 Jun 1885
Pembukaan rasmi : Sir Hugh Low, Residen British Perak
Pembiayaan : £7000 ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.
Status : sudah dibongkah WW II
Panjang landasan : 13.1 Km
* Difahamkan, setiap landasan milik KTM Berhad (KTMB) mesti mempunyai tanah rizab seluas 20 kaki (6.6 meter) di kedua-dua belah rel. Ini bermakna, semua bangunan dan deretan rumah serta kedai di situ dibina di atas tanah milik KTMB.*

Stesen / Perhentian (Halt)
TAIPING 0.0 Km - SIMPANG 4.0 Km - MATANG ROAD 8.0 Km - PORT WELD 13.1 Km

Gambar dirakam pada Jun 1885 apabila landasan sepanjang 8 batu dibuka secara rasmi dari Taiping ke Port Weld.

Stesen Simpang


Stesen Port Weld

Ini saja yang tinggal (Picture : ktmrailwayfan member)

Tiada usaha memelihara nilai sejarah laluan keretapi pertama negara.



Papan tanda dikatakan sudah dialih dari kedudukan asal selepas tiangnya patah. Penduduk tempatan mengambil inisiatif membina semula tiang konkrit baru setinggi kira-kira dua meter dan diletakkan di depan Kedai Kopi Guang Ming, kira-kira 20 tahun lalu.Asalnya, kedai itu adalah Stesen Kereta api Port Weld menempatkan bilik pejabat, kaunter tiket tetapi kini dijadikan kedai kopi. Bagaimanapun, struktur asal bangunan itu masih dikekalkan termasuk tiang kayu utama yang dicat semula.Sehingga kini, semua rel landasan sudah dibongkah, saki baki yang ada sudah tenggelam di dalam simen bangunan, gudang dan deretan rumah kedai di pekan kecil Kuala Sepetang.

* FMSR - Federated Malay States Railway sebelum nama KTMB.
Gambar Daripada : KTMRFC

9 comments:

Ina KL said...

Aisey...blog ni utk brader ajer ke...tak kisahlah kann. Bagus jugak baca artikel sejarah Port Weld ni. Dulu ada pernah sampai kat sana...memang koboi abih. Mungkin KTMB boleh bagi inniciative utk sama2 bangunkan pekan tuh.

mapetm said...

brader tu cuma gelaran je laa , tapi tak tau la status 'line' nitanah hak siapa - amacam dah baca mesej dlm mybloglog?

诈金花 said...

A friend told me this place I have been looking for, I come, it turned out, I have not disappointed, good Blog

mapetm said...

Ohh ... Thanks when did you came here

Zonan a/k Pai Chueng Lang said...

Sayang berjuta bilion kali sayang... Bende camni le kite kene pelihara dan pulihara. Bukan main bongkar dan campak ke tepi dan terus tak diingati langsung. Sedih dengan pentadbiran dulu yang kurang sensitif tentang warisan nasional...

mira said...

thanks 4the info

PJ Gomes said...

It is sad nothing is left of the history of KTM in Port Weld or Taiping, the vocabulary does not exist in KTMB. The beautifully preserved collection of rolling stocks during the centennial in 1985 has all gone to scrap, very sad! I cannot see anybody in KTMB that have passion for trains like Tan Sri Tony Fernandez has for planes. Your RM7 billion request from the government to turn around the company would be a waste to taxpayers. It will never happen

Born & Bred In Taiping. said...

The railway station at Taiping's being bought over by Museum Perak,Taiping to preserve the historical woods!Sadly,nothing was done to at least, salvage a piece of iron from the rail track.To compliment,at least the signage at Port Weld station wasn't dismantled!

Born & Bred in Taiping said...

Port Weld was a busy town from those 1800s days.Objective's to ship out mined tin-ore to England after British prospectors found an abundance of tin -mines at Larut,in the vicinity initially called Klian Pauh @ later named Taiping after the Larut Wars.




As Chinese poured into this Larut district in the 18th & 19th century,where abundance pools of tin were discovered,countrymen turned adversaries over the supplies of this precious resources to the colonial master.Killings over the the ownership mines brought the first British built prison to Taiping!Pangkor Treaty in 1874,brought an end to these senseless killings in The Larut War.Ghee Hin & Hai San?




Taiping was founded in the same year,1874.Among the famous British Residents was Frank Swettenham,who later rebuilt Kuala Lumpur with Yap Ah Loy. Located at 20 km from the coastal Port Weld,that's the reason why the railway was built!