28 March 2009

Sejarah Rangkaian Keretapi antara Malaysia - Thailand

Pada 1 Julai 1918

Sistem perkhidmatan keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah disambung dengan Sistem Keretapi Siam melalui Padang Besar. Penyambungan perkhidmatan ini merupakan sesuatu yang bermakna buat Tanah Melayu kerana selain daripada jalan darat, laut dan udara Tanah Melayu kini boleh dihubungi oleh pelawat dari luar melalui keretapi. Pada permulaan perkhidmatan, terdapat tiga kali perkhidmatan seminggu di antara Perai dan Bangkok, Thailand.

Perkhidmatan keretapi Antarabangsa Perai - Bangkok ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan dagangan di antara Tanah Melayu dan Siam yang selama ini hanya terhad melalui jalan laut. Antara dagangan yang dibawa dari Siam melalui keretapi ialah beras, binatang ternakan, gula, garam dan sebagainya.

Disebabkan peningkatan mendadak perdagangan antara Tanah Melayu dan Siam melalui keretapi maka Kerajaan Negeri Perlis telah membuat keputusan untuk membuka sebuah pejabat Kastam di stesen Keretapi Padang Besar pada akhir tahun 1918.Pembukaan pejabat Kastam di Stesen Keretapi ini adalah merupakan yang ketiga selain daripada di Tanjung Pagar, Singapura dan di Johor Bahru, Johor.

No comments: